Thursday, November 12, 2009

Micheal Mansfield???

Katanya orang besar di dalam swisscash ialah Micheal Mansfield.. tapi tidak diketahui sesiapa yang pernah mengenali micheal mansfield. samada beliau wujud atau sekadar hanya wujud pada nama sahaja. pernah beberapa leader swisscash dari europe dan china ingin menjemput micheal mansfield ke tempat mereka... tapi ditolak oleh beliau dengan alasan classic.. siapa yang nak uruskan semua duit pelaburan sekiranya beliau memenuhi undangan tersebut.


Hakikatnya semua institusi pelaburan di dunia inginkan pelabur dan biasanya CEO akan berusaha untuk ke mana sahaja bagi mencari pelabur tanpa memberi sebarang alasan. Kita andaikan ayat ini 'Saya telah mengumpulkan 500 orang jutawan dan meminta tuan untuk memberikan penerangan tentang pelaburan tuan kepada kami'. Agaknya CEO mana yang akan menolak pelawaan seumpama ini. Tapi micheal mansfield menolaknya. Tidakkah ini pelik. Bagi saya micheal mansfield hanya sekadar nama. Dan gambar yg dimuatkan di laman web swisscash hanyalah palsu.

Thursday, September 3, 2009

Swiss Cash!!!

Ini tajuk pertama yang saya pilih..sebabnya mudah inilah skim cepat kaya pertama yg sy masuk dan rugi.. sebab itulah sy ingin mengupas tajuk ini sedalam yg boleh. kalau ada yg nak kongsi fakta dipersilakan..

Mula2 masa masuk tu, taksub jugak... sampaikan bukti depan mata yg ditunjukkan oleh akhbar pun sy tak percaya. mmg taksub giler... bukti tu pulak sy anggap cubaan menipu dari akhbar. sehinggakan masa saat2 akhir semua org dah takut nak masuk sy masih membuat pelaburan USD5000.

Malangnya 2 minggu selepas sy melabur usd5000... swisscash terus di tutup. SCAM rupanya... selepas itu sy pun membuat kajian sendiri utk mencari bukti benarkah swisscash nie scam. Selepas mendapat byk maklumat dari internet sy merumuskan swisscash nie ialah PONZI system, senang cerita SCAM.

Sehinggakan kerajaan Repulic Of Dominica sendiri mengakui swiss mutual fund yg kononnya merupakan syarikat induk swisscash tidak berdaftar di republic dominica.

Apa yg sy kesalkan ialah leader2 besar swisscash mcm en. amir hassan, en. dam rong, en. baharuddin dan byk lagi terus menyepikan diri. setelah mereka semua mengutip berpuluh mungkin beratus juta duit mereka yg berada di bawah hasil dari SCAM skim pyramid swisscash. sebelum tu semua closing dan penerangan buat di hotel mewah dgn bayaran hanya rm10-20. selebihnya di sponsor oleh leader2 yg dpt berpuluh ribu dan berjuta sebulan.

Tuesday, June 9, 2009

Skim Cepat Kayap

Di sini aku akan menceritakan apa jua jenis skim tak kiralah, skim cepat kaya ke, pyramid, ponzi, scam, koperasi, skim tipu, skim sedekah...dan apa jua jenis skim yg menipu duit orang ramai, terutamanya rakyat malaysia. harap dapat membacanya dengan hati yang terbuka. kalau ada yang salah boleh ditegur dengan fakta dan angka yang betul. ini hanya untuk berkongsi sahaja.