Thursday, February 17, 2011

Satu Lagi SCAM Muncul.

Saja buka facebook hari nie check message ada satu email pasal satu skim
Kononnya buat duit melalui facebook. Tapi yang sebenarnya facebook dijadikan alat untuk mencari duit dengan cara menggunakan pengaruh besar 500 juta pengguna facebook untuk menjana duit cara mudah.

Tanpa kaji selidik tentang bagaimana sesuatu program tu berfungsi. Semua orang pakat masuk beramai-ramai. Lepas tu baru tau skim nie sebenarnya bagi pulangan dari kemasukan orang yang membeli produk digital. Berpuluh produk digital yang dalam simpanan pun tak pernah di buka sejak dibeli. Lepas tu tambah lagi 'rubbish' yang dah sedia ada.

Dulu ada jugak satu company tu buat mcm nie. Sebab dah banyak orang masuk dan rasa ianya sesuatu yang membosankan. Maka skim tu pun dah senyap. Tak nampak dah iklan tu dalam facebook atau email. Mungkin blog masih ada. Tapi dah sejuk orang pun malas nak layan.

Dah nie keluar lagi satu prgoram. Mungkin dalang dibelakangnya masih orang yang sama, sebab modus operandinya masih sama. "Produk Digital". Lepas nie banyak la orang terpengaruh masuk. Lepas 2-3 tahun semua orang dah masuk. Takde orang dah yang boleh direkrut, benda nie senyap. Keluar lagi satu, berulang-ulang. Hanya kerana manusia mudah lupa.

Contoh seperti di bawah:

Malay version

Anda boleh menukarkan USD25 ke USD25,000 DENGAN BEGITU MUDAH DENGAN SISTEM TERKINI bukan program gifting atau saham internet.
> Pertamanya logik ke kat akal kita boleh tukar USD25 ke USD25,000 dengan begitu mudah. Sistem terkini??? atau sistem lapuk yang direcycle semula. Bukan program gifting atau saham internet??? apa pun sama kalau programnya sama iaitu cari orang lain untuk masuk bawah kita.

Kitaran Pembayaran dari USD25 menjadi lebih dari USD25,000 lagi dan lagi. Pembayaran dalam masa 24jam
> Ni lagi satu gimmik penipuan yang dah lapuk diulang-ulang. Bagaimana kitaran pembayaran USD25 menjadi USD25,000 dan lagi dan lagi dan lagi? Macam iklan bateri la pulak. Kenalah terangkan supaya orang faham macamana USD25 jadi USD25,000. Jangan buat statement gimmik.

ini adalah program yg tepat utk anda
> Tepat ke? Macam tak tepat pun.

GUNAKAN AKAL SEBELUM MENDAFTAR ATAU MASUK PROGRAM SEPERTI INI.

Monday, December 27, 2010

Warka Bank - updated

Hari ini 28 December 2010
Saya telah membuka webiste warka bank (www.warka-bank.com) dan klik di bahagian contact us. Ini yang keluar.



Mencurigakan. Ada ke ucap selamat untuk tahun 2008. Takkan lah silap taip sampai macam tu sekali. Lagipun senarai 16 email telah hilang sama sekali baru je saya masuk 12 hari yang lepas elok jer ada 16 email. Rasanya macam penipu dari Nigeria jer. Berhati-hati.

Skim Cepat Kaya @ Skim Tipu Duit

Sekarang ini semakin banyak skim-skim menipu duit orang dilakukan. Sebenarnya skim-skim seperti ini telah lama dilakukan oleh penipu-penipu diluar sana. Rasanya sejak sistem barter mula-mula diperkenalkan lagi. Orang sudah mula mengamalkan penipuan. Contoh seekor ikan tukar dengan 5 bungkus sayur. Tapi 3 bungkus sayur tu dah lunyai. Lembu pun tak mahu makan. Selepas itu bermacam-macam skim pernipuan diperkenalkan termasukan skim yang dipopularkan oleh Ponzi (dipercayai penipu yang paling besar dan terawal pada abad itu). Untuk cerita lanjut pasal Si Ponzi ni boleh tanya makcik google.

Penipuan duit yang dilakukan sekarang ni amat mudah. Contoh ambil duit orang RM200. Bagi satu laman web, dua tiga ebook dan beberapa produk China dan boleh tipu duit orang. Kos semua di atas cuma RM5-RM15. Baki duit tu diaorg akan agihkan kepada upline tu. Akhirnya upline yang kaya-raya. Downline yang makin miskin.

Modus operandinya mudah. Syarikat akan cari leader-leader yang power-power yang dah biasa buat berpuluh MLM sebab mereka ini ada beribu 'contact' atau orang-orang yang terkenal macam artis atau orang-orang TV juga ada beribu mungkin berpuluh ribu 'contact'. Buatlah seminar sana-sini masuk surat khabar dan yang peliknya hanya masuk iklan pada hari Sabtu dan Ahad. Ahad lah paling banyak iklan menipu duit orang nie ini dipaparkan.

Lepas tu buatlah testimonial tangan letak belakang lah, genggam tangan suruh buka lah, tekan tanganlah, angkat orang lah, baling orang lah, semua ada. Hakikatnya testimonial begini tidak pernah diamalkan oleh mana-mana pakar perubatan di seluruh dunia untuk menentukan kehebatan produk mereka. Sebaliknya kajian makmal, R&D, dan bebagai kajian dilakukan dan mendapat kelulusan beberapa badan dunia barulah boleh memasuki pasaran. Itupun ada yang di tarik balik setelah memasuki pasaran.

Sebenarnya tujuan asal hanyalah ingin memasarkan produk RM5-RM15 dan bakinya RM195-RM185 dikekah beramai-ramai oleh upline dan company terbabit.

Harap berita dari link di bawah boleh di jadikan iktibar.

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=6421&c=1&s=1

Thursday, December 16, 2010

Warka Bank - Scam or ...

Saya ada melihat iklan untuk membuka akaun bank di Iraq secara online oleh seorang rakyat Malaysia. Mungkin beliau ada mengenakan sedikit caj. Akaun ini dibuka dengan diberikan satu debit mastercard.

Saya pun mencari di google dengan menaip warka bank scam, kerana dengan memasukkan perkataan scam di belakang sesuatu maklumat yang inin kita cari akan lebih memudahkan kita menemui sesuatu penipuan tentang apa jua perkara. Linknya seperti di bawah.

http://www.google.com.my/#sclient=psy&hl=en&q=warka+bank+scam&aq=0&aqi=g2g-o1&aql=&oq=warka+bank+s&gs_rfai=&pbx=1&fp=4a1030d82055fda2

Anda boleh dapatkan banyak info dari link-link yang ada. Kliklah dalam 10 ke 20 link untuk mengetahui lebih lanjut tentang Warka Bank. Anda boleh baca dan buat pertimbangan sendiri.

Banyak juga info yang mengatakan Warka Bank ini suatu penipuan, kerana ada laman web yang diberikan kononnya Warka Bank tetapi linknya telah ditutup. Linknya seperti di bawah.
http://www.warkainvestmentbank.com/contact_us.htm

Sesuatu yang pelik saya temui ialah, di laman web ini http://www.warka-bank.com/ yang kononnya adalah official laman web Warka Bank tetapi mempunyai grafik dan reka bentuk laman web scam yang saya biasa lihat. Bank-bank di Malaysia dan beberapa bank di England dan America tidak langsung mempunyai ciri reka bentuk seperti Warka Bank ini.

Saya juga cuba mencari alamat bank ini yang biasanya terdapat pada link 'contact us'. Malangnya hanya email sahaja yang diberikan dan tiada alamat. Yang peliknya bila saya klik pada 'ATM Map and Locations' di situ diberikan peta yang mengandungi ATM Warka Bank di seluruh Iraq lebih 30 ATM diberikan. Sesuatu yang aneh disini ialah semuanya di dalam bahasa Iraq, sedangkan laman web di bina dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana sesuatu laman web yang dibina dalam Bahasa Inggeris tapi bila kita ingin mencari alamat bank semuanya dalam bahasa iraq. Contoh seperti dibawah.



Bila saya klik pada link 'contact us' untuk mendapatkan alamat. Amat mengecewakan kerana tiada alamat yang diberi, tetapi hanya 16 senarai email yang diberikan dimana adalah sesuatu yang sangat luarbiasa satu bank memberikan 16 email pada link 'contact us'. Link seperti dibawah.
http://www.warka-bank.com/contact.php

Dibawah adalah contoh contact us dari Warka Bank. Anda lihat sendiri 16 email yang disertakan. Tetapi tiada alamat disertakan. Pelik kan!

Dear Customer,

First and foremost, I would like to take this opportunity to wish you a prosperous year 2008 and I would like to thank you for choosing Warka Bank for Investment & Finance to support your financial needs in Iraq which gives me and my colleagues at Warka Bank for Investment & Finance great pleasure to be at your service for your banking requirements.
Our new e-mail addresses will provide you with better and quick services that meet your demands on spot.

To develop our bank work and to make it easier, faster and direct for our customers, we created E-mail addresses specialized for all our activities in the bank, which allow you to contact directly the specialized person to help you immediately.

All our new e-mail addresses.



1- You can contact the Chairman of the Board of Directors at this e-mail address:
ceo@warka-bank-iq.com

2- For any information concerning International Affairs and Corresponding Banking Relations, you can contact Mr. Mohammed K. Issa at this e-mail address:
ifrd@warka-bank-iq.com



3- For any general information, you need to ask about, you can contact at this e-mail address:

info@warka-bank-iq.com

4- For any information concerning banking customer services, you can contact at this e-mail address:
c.services@warka-bank-iq.com

5- For any information concerning opening account at any of our branches, you can contact at this e-mail address:
c.accounts@warka-bank-iq.com

6- For any information concerning wire transfers (inside and out side IRAQ), you can contact at this e-mail address:
nasser@warka-bank-iq.com

7- For any information concerning Western Union, you can contact at this e-mail address:
wu@warka-bank-iq.com

8- For any information concerning credit cards, you can contact at this e-mail address:
cc@warka-bank-iq.com

9- For all your needs concerning Documentary Letter of Credit (LC), you can contact Ms.Rawaa Salim at this e-mail address:
dc@warka-bank-iq.com

10- For any information concerning Customer Service of bank Garantees Department, please contact us on this E-mail address:
lg.c.s@warka-bank-iq.com

11- For Any information about branches affairs, please contact the following:

Baghdad - Karkh

Manager Name: Jalal Ali Hassoon

Manager Email Address: jalal.h@warka-bank-iq.com

Baghdad - Rusafa

Manager Name: Ban Al-Qazzaz

Manager Email Address: b.alkazaz@warka-bank-iq.com



North

Manager Name: Dilair Muhammad Azeez

Manager Email Address: delaier.a@warka-bank-iq.com



South

Manager Name: Abbas Kamil

Manager Email Address: abass.k@warka-bank-iq.com



West

Manager Name: Mazin Al-Ani

Manger Email Address: mazin.a@warka-bank-iq.com



Mosul

Manager Name: Omar Al-Agha

Manager Email Address: omar.y@warka-bank-iq.com





12- For any information concerning Iraq Stock Exchange, you can contact at this e-mail address:
isx@warka-bank-iq.com

13- For any information concerning Bank, you can contact Mr. Firas Al- Tabbal at this e-mail address:
bg.s@warka-bank-iq.com

14- For any information concerning IT Department, you can contact Mr. Mohammed Al-Khalayleh at this e-mail address:
it.m@warka-bank-iq.com

15- For any information concerning E-Banking Department, you can contact Mr. Ashraf M.Amr at this e-mail address:
e-bank@warka-bank-iq.com

16- For any information concerning SWIFT Department, you can contact at this e-mail address:
swift@warka-bank-iq.com


Thank you for your cooperation and I am sure that the above will put Warka Bank for Finance and Investment at a better and higher level of services. If you have any comments please do not hesitate to contact me.


Sedangkan Maybank pun hanya memberikan satu email pada link contact us.
Link 'contact us' Maybank. Di sini juga alamat diberikan.
http://www.maybank.com/corporate-profile/contact-us

Contoh 'contact us' Maybank.

How to get in touch with us



Head Office / Registered Office / Registrar

If you require general information on Maybank, contact us at:



Malayan Banking Berhad
14th Floor, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Malaysia



Tel: 603-2070 8833

E-mail: publicaffairs@maybank.com.my

Website: www.maybank.com

SWIFT: MBBEMYKL

Customer Service

If you are customer of Maybank, please contact our Customer Service:



* Call our Customer Service at 1-300 88 6688 (Malaysia)
or 603-7844 3696 (overseas).



* For enquiries, suggestions, complaints and compliments or to locate a branch,
please visit our Customer Service webpage at Maybank2u.com.


Dibawah adalah contoh CIMB Bank. Hanya satu alamat email yang diberikan dan alamat juga disertakan. Link seperti di bawah.
https://www.cimbclicks.com.my/contactus.htm

Contoh 'contact us' CIMB Bank.


How to reach us?

Type of Enquiries

CIMB Clicks
Mobile Banking
Phone Banking
Self Service Terminals
(Automated Teller Machines, Cash Deposit Machines & Cheque Deposit Machines)


Call Centre’s Contact Number

1 300 880 900 (Local) or 603 2295 6100 (International)


Fax

603- 2288 1653 or 603- 2288 1654


Email

cimbclicks@cimb.com


Operating Hours

24 hours


Address

CIMB Bank
CIMB Islamic (formely know as Commerce Tijari Bank Berhad)
Call Centre (Re: CIMBClicks) 10th floor Menara Atlas, Plaza Pantai, No. 5, Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Hatta Bank of America pun bagi alamat.
Corporate Headquarters
Bank of America
Corporate Center
100 North Tryon Street
Charlotte, North Carolina 28255

Tel: 1.800.432.1000

Akhir sekali pencarian saya ialah pencarian alamat bank dengan google maps. Bank yang saya cari dan dapat alamat serta gambar bangunan ialah, Maybank Kuala Lumpur, CIMB Bank Kuala Lumpur, Barclays Bank dan Bank of America. Tetapi bila saya cari Warka Bank Iraq. Ini yang keluar - 'We could not understand the location warka bank iraq'.

Contoh link Barclay Bank
http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=barclay+bank&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wl

Alamat Barclays Bank di California
http://ask.barclays.co.uk/branchfinder?site=personal&address_qs=california&filter=Branch

Dengan penjelasan di atas harap anda semua dapat membuat beberapa pertimbangan yang wajar sebelum membuka akaun di Warka Bank - Iraq. Antara kecacatan yang saya temui ialah:
1. Grafik dan reka bentuk laman web yang mencurigakan seakan-akan laman web scam yang sedia ada di internet.
2. Tiada alamat diberikan.
3. Banyak laman web memberikan pandangan negatif dan mengatakan Warka Bank ini adalah scam.
4. Terlalu banyak email di dalam contact us. Lebih baik satu email untuk semua pertanyaan. Bukan banyak email untuk banyak pertanyaan. Mencurigakan.
5. Tiada alamat atau kewujudannya di google maps.
Sekian.

Friday, October 8, 2010

Senarai 100 buah koperasi terbaik Malaysia

INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA

KLUSTER BESAR
1. BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD [BANK RAKYAT]
2. KOPERASI PERMODALAN FELDA BERHAD
3. KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA BERHAD
4. KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
5. KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
6. KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD [KOPETRO]
7. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD
8. KOPERASI KEBANGSAAN PERMODALAN TANAH BERHAD
9. ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD [ANGKASA]
10. KOPERASI KONSUMER MALAYSIA BERHAD
11. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD
12. KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD
13. KOPERASI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
14. KOPERASI PEKERJA-PEKERJA SHELL MALAYSIA BERHAD
15. KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD
16. KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH LANGKAWI BERHAD
17. KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD
18. KOPERASI SERBAGUNA FELDA CHINI SATU BERHAD
19. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD
20. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN KERANGAI PENAGOH BERHAD
21. KOPERASI PEKEBUN GETAH DAERAH MUAR BERHAD
22. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD
23. KOPERASI SERBAGUNA FELDA SELANCAR DUA BERHAD
24. KOPERASI PEKEBUN GETAH JAJAHAN TANAH MERAH DAN JELI BERHAD
25. KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
26. KOPERASI PASAR MELAYU BALING BERHAD
27. KOPERASI FELDA SEBERTAK BERHAD
28. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD
29. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN BUKIT TANDAK BERHAD
30. KOPERASI PENEROKA SUNGAI TENGI BERHAD
31. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH SEGAMAT BERHAD [KOPEDAS]
32. KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA BERHAD
33. KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN BERHAD
34. KOPERASI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERHAD
35. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATU PAHAT BERHAD
36. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN PANGGONG LALAT BERHAD
37. KOPERASI UNIKEB BERHAD
38. KOPERASI PENEROKA-PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 BERHAD
39. KOPERASI GURU PULAU PINANG BERHAD
40. KOPERASI FELDA KERTEH SATU KETENGAH JAYA BERHAD
41. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KUALA TERENGGANU BERHAD
42. KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN TERENGGANU (KOKITAB) BERHAD
43. KOPERASI LADANG PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA BERHAD
44. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN GUAL DALAM BERHAD,
45. KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD
46. KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
47. KOPERASI JAYADIRI MALAYSIA BERHAD [KOJADI]
48. KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD
49. KOPERASI MCIS BERHAD
50. KOPERASI KAKITANGAN FELDA BERHAD
51. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
52. KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SETIU BERHAD
53. KOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD
54. KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERHAD
55. KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD
56. KOPERASI PEKEBUN GETAH PASIR MAS BERHAD
57. KOPERASI ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN BATU PAHAT BERHAD
58. KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA GUGUSAN SERI BANDI KEMAMAN BERHAD
59. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BANDAR BHARU BERHAD
60. KOPERASI PERMODALAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
MELAYU TERENGGANU (KOMODAL) BERHAD
61. KOPERASI SIMPANG JALONG SUNGAI SIPUT (U) BERHAD
62. KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD
63. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH LARUT MATANG BERHAD
64. KOPERASI KOSPETA SEMENANJUNG MALAYSIA BERHAD
65. KOPERASI SERBAGUNA PEKERJA FELDA BERHAD
66. KOPERASI PENEROKA FELDA SUNGAI SAYONG BERHAD
67. KOPERASI PEKEBUN KECIL GETAH MACHANG BERHAD
68. KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BERHAD
69. KOPERASI KAKITANGAN PERWAJA BERHAD
70. KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD
71. KOPERASI PEKERJA INTEL BERHAD
72. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI HUTAN MELAYU NEGERI PERAK (KOOP PEHUMA) BERHAD
73. KOPERASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD
74. KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN TERENGGANU
(KOKANUN) BERHAD
75. KOPERASI JABATAN PENJARA MALAYSIA BERHAD [KOPEN]
76. KOPERASI PENEROKA FELDA LURAH BILUT BERHAD
77. KOPERASI POLIS DIRAJA PULAU PINANG BERHAD

KLUSTER SEDERHANA

BIL. NAMA KOPERASI

78. KOPERASI PEKEBUN KECIL NEGERI SEMBILAN BERHAD
79. KOPERASI PENEROKA FELDA BUKIT EASTER BERHAD
80. KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD
81. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KEMAMAN (KOPKEM) BERHAD
82. KOPERASI SERBAGUNA FELDA TERATAI (JENGKA 21) BERHAD
83. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD
84. KOPERASI PENEROKA-PENEROKA FELDA MAS BERHAD
85. KOPERASI PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN SAMARAHAN BERHAD
86. KOPERASI POS NASIONAL BERHAD [KOPONAS BERHAD]
87. KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
88. KOPERASI PENEROKA FELDA LOK HENG BARAT BERHAD
89. KOPERASI SERBAGUNA FELDA BUKIT GOH BERHAD
90. KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD
91. KOPERASI PENEROKA FELDA CHIKU LIMA BERHAD
92. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN LUBUK SIREH PERLIS BERHAD
93. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KAMPONG GAJAH PERAK BERHAD
94. KOPERASI MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD [KOMUS]
95. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KLUANG BERHAD
96. KOPERASI SERBAGUNA FELDA CHINI TIMUR SATU BERHAD
97. KOPERASI PEKEBUN GETAH DAERAH BESUT/SETIU BERHAD
98. KOPERASI PENEROKA-PENEROKA JENGKA 10 (MAWAR) BERHAD
99. KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN NASIONAL BERHAD
100. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATANG PADANG SELATAN BERHAD

Koperasi yang berjaya memberi dividen melabihi 25%

1. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD 175%
2. KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD 100%
3. KOPERASI PERKERJA-PERKERJA STEVEDORING TAWAU BERHAD @ KOPESTA 93.47%
4. KOPERASI DOKTOR MALAYSIA BERHAD 70%
5. UNITED DEVELOPMENT COOPERATIVE SOCIETY LIMITED 70%
6. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN BERHAD 70%
7. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK BERHAD 50%
8. KOPERASI KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN SABAH BERHAD 50%
9. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BAN HIN LEE BANK BERHAD 50%
10. KOPERASI MERCU WARISAN MALAYSIA BERHAD 40%
11. KOPERASI GABUNGAN PEKEBUN KECIL PERAK BERHAD 30%
12. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD 30%
13. KOPERASI POLIS TERENGGANU BERHAD 30%
14. KOPERASI RANCANGAN TANAH BELIAWANIS BUKIT SEGAMAT BERHAD 30%
15. KOPERASI PERUSAHAN TANAH SUNGGAI LUI NEGERI SEMBILAN BERHAD 30%
16. KOPERASI WANITA KEPALA BATAS BERHAD 30%
17. KOPERASI JAKOPEN BERHAD 30%
18. KOPERASI KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU BERHAD 30%
19. KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD 30%
20. KOPERASI BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 20%

Walaupun begitu tiada jaminan yang koperasi di atas akan terus menerus maju dan dapat mengekalkan prestasi mereka. Sedangkan syarikat hartanah yang berusia lebih 900 tahun di England pun boleh bankrup kerana kegawatan ekonomi. Inikan pula koperasi di atas. Anda perlu terus berhati-hati dan melabur diatas risiko yang minima. Jangan tamak dan ingin cepat kaya.

Senarai boleh juga dilihat di link dibawah.

http://www.skm.gov.my/html/themes/SKM/images/pdf/koperasi%20terbaik/Senarai%20100%20Koperasi%20Terbaik%202009.pdf

KOPRAHA SCAM!!!

Saja surf kat internet hari nie ternampak KOPRAHA.Peristiwa berlaku sekitar bulan September 2008. Sebuah koperasi yang ditubuhkan kononnya adalah untuk melabur di dalam bidang hartanah. Dalam interview dengan orang kuat koperasi, beliau menerangkan tentang kaum Melayu yang sering ditipu oleh Skim Cepat Kaya, tujuannya membantu masyarakat miskin, pembelian 50 unit apartment di Cyberjaya, Selangor bernilai RM10 juta, aktiviti pembelian, penjualan, penyewaan, pemajakan dan sebagainya selain memajukan hartanah bagi pembangunan lain dan banyak lagi cerita2 hebat yang dikhabarkan.

Kemudian sekitar bulan Oktober 2010 nie barulah keluar berita koperasi menjalankan operasi tanpa lesen. Dengan elaun kepada orang atas lebih RM400,000. Mana perginya janji2 dan cerita hebat pada bulan September 2008. Orang melayu kena tipu lagi. Harap berita ini dapat dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Sunday, August 1, 2010

Amalina seksi diburu

KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin.

Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.

“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

“Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam.

Untuk berita lanjut sila klik link di bawah:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amalinaseksidiburu/Article

Ulasan:
Berhati-hati sebelum menyerahkan duit kepada orang lain. Tak kiralah apa skim sekalipun. Samada jualang langsung atau skim jenis pelaburan. Tanggungjawab adalah terletak di bahu kita yang menyerahkan duit. Penyamun memang banyak di luar sana. Kitalah yang perlu berjaga-jaga. Buatlah beberapa panggilan telefon seperti ke Sekuriti Malaysia, Bank Negara atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau mana-mana badan yang difikirkan sesuai. Buanglah beberapa ringgit untuk panggilan telefon, untuk menjimatkan beberapa puluh ribu ringgit hangus begitu sahaja.