Monday, December 27, 2010

Skim Cepat Kaya @ Skim Tipu Duit

Sekarang ini semakin banyak skim-skim menipu duit orang dilakukan. Sebenarnya skim-skim seperti ini telah lama dilakukan oleh penipu-penipu diluar sana. Rasanya sejak sistem barter mula-mula diperkenalkan lagi. Orang sudah mula mengamalkan penipuan. Contoh seekor ikan tukar dengan 5 bungkus sayur. Tapi 3 bungkus sayur tu dah lunyai. Lembu pun tak mahu makan. Selepas itu bermacam-macam skim pernipuan diperkenalkan termasukan skim yang dipopularkan oleh Ponzi (dipercayai penipu yang paling besar dan terawal pada abad itu). Untuk cerita lanjut pasal Si Ponzi ni boleh tanya makcik google.

Penipuan duit yang dilakukan sekarang ni amat mudah. Contoh ambil duit orang RM200. Bagi satu laman web, dua tiga ebook dan beberapa produk China dan boleh tipu duit orang. Kos semua di atas cuma RM5-RM15. Baki duit tu diaorg akan agihkan kepada upline tu. Akhirnya upline yang kaya-raya. Downline yang makin miskin.

Modus operandinya mudah. Syarikat akan cari leader-leader yang power-power yang dah biasa buat berpuluh MLM sebab mereka ini ada beribu 'contact' atau orang-orang yang terkenal macam artis atau orang-orang TV juga ada beribu mungkin berpuluh ribu 'contact'. Buatlah seminar sana-sini masuk surat khabar dan yang peliknya hanya masuk iklan pada hari Sabtu dan Ahad. Ahad lah paling banyak iklan menipu duit orang nie ini dipaparkan.

Lepas tu buatlah testimonial tangan letak belakang lah, genggam tangan suruh buka lah, tekan tanganlah, angkat orang lah, baling orang lah, semua ada. Hakikatnya testimonial begini tidak pernah diamalkan oleh mana-mana pakar perubatan di seluruh dunia untuk menentukan kehebatan produk mereka. Sebaliknya kajian makmal, R&D, dan bebagai kajian dilakukan dan mendapat kelulusan beberapa badan dunia barulah boleh memasuki pasaran. Itupun ada yang di tarik balik setelah memasuki pasaran.

Sebenarnya tujuan asal hanyalah ingin memasarkan produk RM5-RM15 dan bakinya RM195-RM185 dikekah beramai-ramai oleh upline dan company terbabit.

Harap berita dari link di bawah boleh di jadikan iktibar.

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=6421&c=1&s=1

No comments:

Post a Comment