Thursday, September 3, 2009

Swiss Cash!!!

Ini tajuk pertama yang saya pilih..sebabnya mudah inilah skim cepat kaya pertama yg sy masuk dan rugi.. sebab itulah sy ingin mengupas tajuk ini sedalam yg boleh. kalau ada yg nak kongsi fakta dipersilakan..

Mula2 masa masuk tu, taksub jugak... sampaikan bukti depan mata yg ditunjukkan oleh akhbar pun sy tak percaya. mmg taksub giler... bukti tu pulak sy anggap cubaan menipu dari akhbar. sehinggakan masa saat2 akhir semua org dah takut nak masuk sy masih membuat pelaburan USD5000.

Malangnya 2 minggu selepas sy melabur usd5000... swisscash terus di tutup. SCAM rupanya... selepas itu sy pun membuat kajian sendiri utk mencari bukti benarkah swisscash nie scam. Selepas mendapat byk maklumat dari internet sy merumuskan swisscash nie ialah PONZI system, senang cerita SCAM.

Sehinggakan kerajaan Repulic Of Dominica sendiri mengakui swiss mutual fund yg kononnya merupakan syarikat induk swisscash tidak berdaftar di republic dominica.

Apa yg sy kesalkan ialah leader2 besar swisscash mcm en. amir hassan, en. dam rong, en. baharuddin dan byk lagi terus menyepikan diri. setelah mereka semua mengutip berpuluh mungkin beratus juta duit mereka yg berada di bawah hasil dari SCAM skim pyramid swisscash. sebelum tu semua closing dan penerangan buat di hotel mewah dgn bayaran hanya rm10-20. selebihnya di sponsor oleh leader2 yg dpt berpuluh ribu dan berjuta sebulan.