Thursday, November 12, 2009

Micheal Mansfield???

Katanya orang besar di dalam swisscash ialah Micheal Mansfield.. tapi tidak diketahui sesiapa yang pernah mengenali micheal mansfield. samada beliau wujud atau sekadar hanya wujud pada nama sahaja. pernah beberapa leader swisscash dari europe dan china ingin menjemput micheal mansfield ke tempat mereka... tapi ditolak oleh beliau dengan alasan classic.. siapa yang nak uruskan semua duit pelaburan sekiranya beliau memenuhi undangan tersebut.


Hakikatnya semua institusi pelaburan di dunia inginkan pelabur dan biasanya CEO akan berusaha untuk ke mana sahaja bagi mencari pelabur tanpa memberi sebarang alasan. Kita andaikan ayat ini 'Saya telah mengumpulkan 500 orang jutawan dan meminta tuan untuk memberikan penerangan tentang pelaburan tuan kepada kami'. Agaknya CEO mana yang akan menolak pelawaan seumpama ini. Tapi micheal mansfield menolaknya. Tidakkah ini pelik. Bagi saya micheal mansfield hanya sekadar nama. Dan gambar yg dimuatkan di laman web swisscash hanyalah palsu.