Sunday, August 1, 2010

Amalina seksi diburu

KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin.

Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.

“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

“Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam.

Untuk berita lanjut sila klik link di bawah:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amalinaseksidiburu/Article

Ulasan:
Berhati-hati sebelum menyerahkan duit kepada orang lain. Tak kiralah apa skim sekalipun. Samada jualang langsung atau skim jenis pelaburan. Tanggungjawab adalah terletak di bahu kita yang menyerahkan duit. Penyamun memang banyak di luar sana. Kitalah yang perlu berjaga-jaga. Buatlah beberapa panggilan telefon seperti ke Sekuriti Malaysia, Bank Negara atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau mana-mana badan yang difikirkan sesuai. Buanglah beberapa ringgit untuk panggilan telefon, untuk menjimatkan beberapa puluh ribu ringgit hangus begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment