Thursday, February 17, 2011

Satu Lagi SCAM Muncul.

Saja buka facebook hari nie check message ada satu email pasal satu skim
Kononnya buat duit melalui facebook. Tapi yang sebenarnya facebook dijadikan alat untuk mencari duit dengan cara menggunakan pengaruh besar 500 juta pengguna facebook untuk menjana duit cara mudah.

Tanpa kaji selidik tentang bagaimana sesuatu program tu berfungsi. Semua orang pakat masuk beramai-ramai. Lepas tu baru tau skim nie sebenarnya bagi pulangan dari kemasukan orang yang membeli produk digital. Berpuluh produk digital yang dalam simpanan pun tak pernah di buka sejak dibeli. Lepas tu tambah lagi 'rubbish' yang dah sedia ada.

Dulu ada jugak satu company tu buat mcm nie. Sebab dah banyak orang masuk dan rasa ianya sesuatu yang membosankan. Maka skim tu pun dah senyap. Tak nampak dah iklan tu dalam facebook atau email. Mungkin blog masih ada. Tapi dah sejuk orang pun malas nak layan.

Dah nie keluar lagi satu prgoram. Mungkin dalang dibelakangnya masih orang yang sama, sebab modus operandinya masih sama. "Produk Digital". Lepas nie banyak la orang terpengaruh masuk. Lepas 2-3 tahun semua orang dah masuk. Takde orang dah yang boleh direkrut, benda nie senyap. Keluar lagi satu, berulang-ulang. Hanya kerana manusia mudah lupa.

Contoh seperti di bawah:

Malay version

Anda boleh menukarkan USD25 ke USD25,000 DENGAN BEGITU MUDAH DENGAN SISTEM TERKINI bukan program gifting atau saham internet.
> Pertamanya logik ke kat akal kita boleh tukar USD25 ke USD25,000 dengan begitu mudah. Sistem terkini??? atau sistem lapuk yang direcycle semula. Bukan program gifting atau saham internet??? apa pun sama kalau programnya sama iaitu cari orang lain untuk masuk bawah kita.

Kitaran Pembayaran dari USD25 menjadi lebih dari USD25,000 lagi dan lagi. Pembayaran dalam masa 24jam
> Ni lagi satu gimmik penipuan yang dah lapuk diulang-ulang. Bagaimana kitaran pembayaran USD25 menjadi USD25,000 dan lagi dan lagi dan lagi? Macam iklan bateri la pulak. Kenalah terangkan supaya orang faham macamana USD25 jadi USD25,000. Jangan buat statement gimmik.

ini adalah program yg tepat utk anda
> Tepat ke? Macam tak tepat pun.

GUNAKAN AKAL SEBELUM MENDAFTAR ATAU MASUK PROGRAM SEPERTI INI.

No comments:

Post a Comment